![]() |
| syira ngan sahabat baiknya huda |
![]() |
| :(( huhuhu..kena ikut jln jauh... |
![]() |
| halangan dlm perjalanan pulang...lori terbalik |
Memang sungguh memenatkan..kerana kita x mungkin dapat menduga apa yang akan berlaku didepan kita.ya x??
jom saya nak citer sikit...anak saya angah dah tamat belajar so..kami kena g ambik dialah di Melaka..,hari tu
seawal 8pagi kami mulakan perjalanan ke Masjid Tanah...ikut jalan pintas (Karak)sebab memang jalan tu dekat...dan lebih kurang 4jam perjalanan kami pun sampai ke KMM Masjid Tanah dimana tempat angah belajar...kelihatan ramai ibu bapa yang hadir untuk mengambil anak masing2.semua sebok nyusun brg dlm kenderaan masing2.
So..selepas habis jer angkat sume barang2 kami pun bertolak balik ke kuala lipis...lebih kurang kul 2ptg..,sebelum tu kami sempat singgah makan tengahari di Alor Gajah..pekena masak asam pedas...best punya pasal sampai terlupa nak snap gambar.xpalah lain kali ek.
Pada mulanya laluan yang kami lalui nampaknya ok..lancar....tapi dalam lebih kurang 30km nak sampai karak..ada pulak sebuah lori yang bawak muatan kayu yg banyak terbalik sampai kena tutup jalan..adoyaiiiiii....cemana ni..????nak patah balik dah jauh....ramai pengguna jlnraya yg merungut...kerana khabarnya lori tu terbalik dari pagi lagi...sampai petang pun x siap2,sebab dowang kena guna crane tuk angkat kayu2 tu.ermmmmm....kami pun xda pilihan lain kena cari jln lain..kalau nak tunggu lambat lagi nak siap.
Akhirnya selepas bertanya ngan orang2 kat situ kami dapatlah balik ikut jalan pintas yang sebelum ni kami pun x pernah lalu..seronok jgk dapat tengok kampong2 orang.
perjalanan balik yang sepatutnya makan masa 4jam dah jadi 6~7jam...memang penat sangat dan yang lebih kesian lagi suami lah....dah lah penat drive anta kami semua kerumah..,dia pulak terpaksa meneruskan perjalanannya ke Maran atas urusan kerja...sabar jer lah bang.hati ni risau jugak..maklumlah dah penat.Alhamdulillah dalam kul 12.30pagi suami sms dia dah selamat sampai di Maran.Syukur sangat.
so..saya ngan anak2 sangatlah keletihan dan tidor lena sampai keesokkan pagi.
tulah kan...kita merancang tapi tuhan menentukan segalanya.apa pun saya amat bersyukur kerana semuanya selamat :)




No comments:
Post a Comment