Apakhabar kawan2 semua..???Mudah2an sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Nampaknya hari dah petang pun..baru ada mood nak nulis blog ; semua tahu hari ni adalah hari Ibu kan.Ermmm kawan2 kat luar sana tentu saja sebok menyambut hari Ibu bersama Ibu dan keluarga masing2 kan..tentu seronok dan semuga semuanya berjalan seperti yang diharapkan.insyaAllah.
Seperti juga saya...bangun pagi dengan penuh rasa syukur pada Ilahi...sihat,ceria disamping suami dan anak2.walaupun yang sulong xda bersama.huhuhu...
Pagi2 lagi cik abang dah wish...terasa..xtahulah nak cakap..seronok sangat kerana diri amat dihargai dan disayangi :-)terima kasih abang..
"Jom abang bawak g breakfast...kita g jauhlah sikit"...camtulah bunyi nya lebih kurang.ok jom....
Alhamdulillah...memang sedap nasi kerabu daging bakar ni.tkasih sangat pada cik abang :)
lepas sarapan kami terus balik dan preparekan sarapan pulak tuk anak2 dan nampak gayanya saya memang xpayah berkemas rumah hari ni..anak2 dah tolong kemaskan.ermmm...suka2.sesekali apa salahnya..ya x??
Di Kuala Lipis ni xda tempat yang istimewa sangat kalau kita nak berseronok macam di KLumpur..u olls tentu faham apa yang saya maksudkan..xbanyak aktiviti.at least kalau kat KLumpur kita boleh main bowling..,tengok wayang ke...skate ke..mcm2 lah.so endup kami suka lepak kat rumah jer...lebih menyeronokkan.Ptg ni td sempat jugak saya tidor seround jap td..sambil tu aisyah buatkan ala2 "spa"kat ibu dia.hehehehe....syiok 0ooo sampai lena.!!!
So...badan pun dah segar...minda pun relax...saya pun kedapur intai2 apa yang boleh saya prepare tuk family minum petang ni..u olls tahu i buat apa????? jeng...jeng...jeng...
Selaunya orang buat cucur udang...tapi saya ubah jadikan cucur ikan bilis cicah ngan cili sos...sedappp..x cukuplah pulak.hehehehe....xpa2..lain kali ibu buatkan version lain pulak.nampak gayanya anak2 dah hilang ni...bunyinya ada yang nak kekedai...pastu dowang nak main badminton.eloklah tu aktiviti yang sihat :)
Lupa pulak nak citer...sambil2 masak tadi..anak sulong saya...Along anta msg ucapan..,terharu sangat rasanya..sebak hati ni.kesiannn dia dok jauh kat shah alam..sowang2.walaubagaimanapun doa ibu tetap mengiringi along supaya sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.jauhi perkara2 yang buruk dan dilarang.Ibu harap Along pandai jaga diri..jaga nama baik ibu dan ayah.maklumlah berjauhan dari family.
Petang2 macam ni rasa sayu pulak..teringat kat arwah mak..Alfatihah~walaupun dah bertahun lama dia meninggalkan saya namun hati ni rasa mcm dia baru saja dia pergi...segalanya masih segar dalam ingatan.Waktu mak meninggalkan kami sekeluarga saya baru berusia 21tahun dan belum pun berkahwin...kalau diingatkan...memang sedih sangat :((
Alhamdulillah ada hikmahnya...walaupun tanpa ibu diusia yang muda...saya tetap cekal menempuh perjalanan hidup dan Syukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya hari ini...keluarga yang bahagia :-)
.




No comments:
Post a Comment