happily ever after

Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
kuala lipis, pahang, Malaysia
fulltime housewife with 5 growing kids and a lovely husband.love travelling

Blog Archive

Wednesday, February 22, 2012

hidup untuk makan @ makan untuk hidup.

Assalamualaikum,
Rasanya dah lama saya x menulis..,
Hari ni tergerak hati pulak nak bercerita walaupun waktu dah hampir maghrib ni...
 
Orang kata makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Saya pula ambil kedua-duanya sekali dan olah menjadi sesuatu yang membuat hidup ini lebih bermakna.
Begitu sinonimnya perkataan makan dan hidup. Berkisar soal makan, banyak orang menegur mengapa anak-anak masih kurus melidi walhal aktiviti harian saya adalah tentang makan. Mungkin kerana saya ada satu sifat yang tidak suka memaksa.  Sejak anak-anak kecil saya tidak pernah risau atau memaksa bila anak-anak tidak mahu atau tidak kuat makan.
Saya dah masak, saya dah hidang...nak makan...makan, tak nak makan sudah!!
makan2..penuh meja.
Bila saya amalkan sikap 'take it easy' begitu,  sudahnya anak2 saya membesar dengan kurus keding.,tp xpa yang penting mereka semua sihat.Alhamdulillah..
 Sediakanlah segala macam makanan, biskut, tit bit, desert asikrim atau apa sahaja, memang dowang suka.
Namun nampaknya tidak begitu...walau anak saya berderet, penyediaan makanan tidaklah membebankan seperti sesetengah ibu bapa. Ada tu anak cuma 4 orang tetapi masak 1 ekor ayam tak cukup untuk lauk sampai ke petang. Anak-anak dia orang memang kuat makan.Sorang-sorang makan habis dua tiga pinggan sekali hadap.Lepas tu belum kering basuh pinggan dah mengadu lapar dan cari nasi lagi... Kus semangat!!. 
Rupanya sikap saya yang tidak gemar memaksa anak-anak makan itu membuat anak-anak saya jadi tak kuat makan. Namun apabila anak-anak meningkat remaja  saya sering  masak  pelbagai hidangan lauk untuk makan tengahari semata-mata nak tarik selera anak-anak makan. 
Selain tak mahu anak-anak rasa jemu dengan masakan di rumah, saya juga sering bawa anak-anak 'explore' makan di luar.
Saya gemar menyediakan hidangan makanan yang enak-enak dan memperuntukan belanja makan hidangan diluar untuk keluarga kerana waktu makan adalah saat yang sering kami sekeluarga dapat bersama-sama.
Ok lah sampai disini dulu.nanti saya sambung cerita lagi dilain kesempatan.
Salam manis tuk semua :)

No comments:

Post a Comment